Kedai Gambar 69 adalah sebuah tempat di mana anda boleh merealisasikan impian menjadi kenyataan. Mudah saja: Hantar gambar dan nyatakan impian. Dan paling penting PERCUMA!
1. Edit gambar kena bayar tak?
PERCUMA
2. Macamana nak hantar gambar?
Mesej
3. Edit pakai apa?
Photoshop (Kedaigambar)
4. Kenapa mintak lain dapat lain?
My bad
5. Boleh tak edit betul-betul dan saya bayar?
RM1juta cas nya.
6. Boleh tak edit cepat sikit? Saya bayar la...
RM2juta cas nya.
7. Esok birthday saya, boleh tak edit sekarang?
Tak mau.
8. Boleh tak edit gambar private?
Tak
9. Boleh tak ajar edit?
Tak
10. Boleh tak buat kursus photopshop?
Tak
11. Boleh tak buka seminar menjadi jutawan edit gambar?
Tak
12. Boleh saya jadi admin?
Tak. Tapi boleh jadi pekerja sambilan dikedai Mimin. Caranya pergi Visitor Post. Pilih request. Edit. Send kat Mimin. Kalau kelakar Mimin siarkan. (No gaji for now)
13. Boleh tak edit gambar sulit?
Mimin tak edit gambar alat sulit.
14. Boleh tak PM nama awek yg Mimin sensor tu?
Tak
15. Mimin ketawa tak masa edit gambar?
HahWkkkaWahahawAKAkakaKKakwWrrwwwW
16. Saya tak suka gambar yang dah edit tu. Boleh tak delete?
Boleh
17. Boleh tak delete gambar saya sebab ramai pula yang kecam?
Boleh
18. Macamana nak delete?
Mesej Mimin
19. Tapi selepas Mimin delete, di page lain masih ada?
Yang tu kena mesej admin page tula suruh delete
20. Boleh tak hantar gambar curi?
Boleh. Tapi akan di delete
21. Boleh tak edit gambar saya dengan Najib?
Boleh..itulah tanda rakyat sayangkan Najib.
22. Kalau gambar kawan?
Boleh tapi mintak izin dia dulu
23. Tapi saya nak surprise kawan saya
Risiko tanggung sendiri
24. Kenapa gambar kawan saya dah kena edit, sedangkan saya lebih awal hantar gambar?
Sebab Mimin edit secara random
25. Ada berapa gambar belum edit?
Beribu-ribu
26. Sehari berapa orang hantar request?
10-100
27. Sehari berapa gambar Mimin edit?
Rajin: 10;
Malas: 1;
Pengsan: 0
28. Bagaimana cara betul baca gambar Mimin edit?
Macam baca komik bahasa melayu. Dari atas ke bawah, dari kiri ke kanan.

29. Kenapa mimin tutup dada dan punggung wanita dengan logo/kucing/ayam? Tapi rambutnya tak? Bukankah rambut mereka juga aurat?
Ramai orang ingat Mimin tolong tutup aurat orang. Nope. Itu bukan tugas Mimin. Itu tugas tuan gambar. Tapi kalau dia lupa tutup dada or punggung Mimin akan tolong tutup. Jawapan kepada soalan: Mimin tutup bahagian tu agar page ni tak jadi macam Tumblr atau kena warning dengan facebook sebab siar gambar seksi/lucah.
30. Saya tak pernah hantar gambar. Tapi tiba-tiba gambar saya kena edit?
Antara prosedur kedai Mimin ialah akan siasat gambar tersebut original dari owner. Tapi kadang-kadang berlaku kesilapan juga (client menipu). Mimin akan delete gambar tu.
31. Ada berapa admin di page ini?
Tiada admin. Yang ada hanya Mimin. Mimin ada ramai pekerja sambilan edit gambar. Sudah lebih 100 orang. Mimin akan tapis dan ubahsuai gambar yang mereka edit agar menjadi lebih awesome.
32. Kenapa admin di panggil Mimin?
Ada seorang pelangan Indonesia start panggil nama tu. Mimin maksudnya admin

33. Apa maksud Kedai Gambar 69?
KEDAIGAMBAR bermaksud PHOTOSHOP (PHOTOSHOP ialah software/app edit gambar) Biasanya gambar yang Mimin edit ada maksud lain jika dilihat dari sudut yang lain. Seperti nombor 69. Tapi maksudnya tetap sama.
Gambar 69 juga boleh membawa maksud gambar tunggang terbalik, gambar huru hara, gambar sama makna atau gambar posisi seks hahaha.
34. Kenapa buat page ini?
Agar rakyat terlupa pada isu negara yang lebih penting
35. Kedai Mimin memberikan perkhidmatan percuma. Dari mana Mimin dapat duit bayar elektrik, air dan internet?
Derma pak arab
36. Kenapa ada nama pengirim Mimin censor?
Sebab dia suruh
37. Tapi dia tak suruh pun?
Sebab nanti ramai orang ganggu FB dia hingga dia minta delete gambarnya. Penat je mimin edit cantik-cantik.
38. Kenapa gambar saya tak siap-siap?
Sebab kau punya request tu skema sangat
39. Boleh tak edit gambar beramai-ramai?
Mimin tak galakkn sebab dalam ramai2 tu misti ada sorang dua yg tak boleh di bawa bergurau (atau dah mati)
40. Kenapa ada orang yang sama mimin edit banyak kali?
Mimin suka edit orang sporting berkali-kali kerana mereka senang diajak berunding.
41. Kenapa Mimin jarang reply komen?
Tak sempat baca, bz edit gambar
42. Kenapa ada lawak hambar?
Ini bukan kedai makan.
43. Ada beberapa gambar Mimin edit malas. Kadang-kadang crop je?
Konsep kedai mimin ialah "Asal Siap"
44. Darimana boleh terfikir buat page ni?
Dari Korean Photoshop Troll.
45. Bila gambar aku nak siap?
Bila kau berhenti bertanya.
46. Kenapa buat kerja percuma?
Inilah bukti negara aman makmur sentosa.
47. Dah tahu request tu bangang kau tak payah la edit!
Then tiada apa yang boleh mimin edit. Akhirnya page jadi sunyi sepi lalu tutup.
48. Tolong buat versi english.
Photoshop 69
49. Ceritakan dengan ringkas sejarah penubuhan Kedai Gambar 69.
2014 Mimin tertengok Korean Photoshop Troll. Dia punya kelakar sampai putus urat ketawa Mimin. Cilako betul. So Mimin ingat nak buat jugak la sebab Mimin pun pandai juga Photoshop. Gambar edit pertama Mimin telah disiar di forum cari.my. Sambutan yang baik mendorong Mimin buka kedai di Facebook.
50. Contoh request yang skema?
- Edit bagi gempak
- Edit bagi cantik
- Edit bagi hensem
- Edit bagi power
- Edit bagi kelakar
- Edit bagi cool
- Edit bagi hot
- Editlah suka hati
- Edit bagi meriah
* Mimin tiada superpower boleh tahu apa korang suka dan baca fikiran orang.
51.Terima kasih edit gambar saya. Saya nak belanja Mimin & The Gang makan-makan boleh?
Tak. Sama-sama.
52. Satu pelanggan boleh hantar berapa gambar?
Unlimited. Lagi banyak lagi bagus sebab ia memudahkan kami cari 'angle' yg terbaik.
53. Kalau nak promot barang saya kena bayar tak?
Tak kena bayar. Kena troll jer. kakaka....
54. Tak kesian ke troll orang?
Antara syarat hantar gambar ialah mistilah rela, redha dan pasrah demi mengembirakan org lain. Rata-rata pelanggan Mimin sudah sedia maklum gambar edit mereka akan teruk hasilnya. Kadang-kadang untuk buat orang lain ketawa kita kena berani untuk jadi bodoh sekejab.
55. Kenapa ada gambar tiba-tiba hilang?
Apabila like mencecah 1juta, shares pula 2juta, tuan gambar tidak tahan lagi dikecam lalu diminta delete maka gambar pun hilang.
56. Dari mana dapat idea best?
Dari request pelanggan. Untuk hasilkan gambar edit yang best, request mistilah best juga. Ada juga request yg Mimin ubah mengikut kesesuaian gambar dan isu semasa.
57. Kadang-kadang ada gambar edit Mimin edit 100% mengikut kehendak pelanggan. Why?
Nasib je tu
58. Apakah request paling suka Mimin edit?
Request yang membawa bencana.
59. Apa watak request yang popular di Kedai Mimin?
- Mira Filzah
- Nora Danish
- Najib
- Rosmah
- Rossi
60. Apa faedahnya edit gambar dengan Mimin?
- Boleh rasa kena troll
- Boleh rasa apa yang Najib rasa
- Boleh rasa kena viral
- Boleh jadi popular sekejab
- Boleh jadi pelawak tanpa masuk maharajawak
- Boleh mengembirakan orang lain
- Boleh mendidik diri menjadi lebih sabar
- Boleh dapat kenalan baru
- Boleh dapat igauan ngeri
- Boleh merapatkan hubungan
- Boleh juga memutuskan hubungan
- Boleh promot barang
61. Betul ke Mimin mengutamakan perempuan comel?
Mimin tak pilih orang. Asalkan request mereka mengundang bencana Mimin akan edit dengan kadar segera.
62. Asal perempuan cantik je Mimin hide profile. Makan sorang ke?
Mimin kerja secara profesional hokay. Takde maknanya nak mengorat pelanggan. Sebenarnya Mimin hide profile sebab pelanggan yang minta. Kalau dia tak minta automatic mimin akan ubah namanya untuk jaga privasi dia. Tapi kalau hantar gambar orang lain mimin tak hide langsung. Supaya yang kena troll tu boleh cari dan tumbuk dia.
63. Kenapa Mimin selalu buat lawak lucah?
Kerana lawak lucah adalah yang paling menyakitkan hati sekali dan boleh buat client murung berminggu-minggu wahkakaka!! (sape suruh dia mintak edit?). Lagi satu Mimin edit ikut keyword yang client request. Dari keyword tu mimin search dengan google. Kalau result google gambar xxx, maka itulah yang mimin jadikan idea. So jangan salahkan Mimin semata-mata.
64. Mimin suka buat lawak gay. Adakah mimin gay?
Dah korang suka hantar gambar berpartner dengan sesama jantina. What do you expect then? Kui3x.
65. Mimin edit semuanya jahanam, tapi kenapa masih ada jugak orang hantar gambar?
Mereka pun main-main je tu...it's just for fun. Don't take seriously.
66. Kenapa Mimin susah sangat nak ikut arahan pelanggan?
Sebab FREE.Hahha.
67. Mimin hide profile pelanggan tapi pelanggan tu reply kat komen. Kenapa Mimin tak delete komen dia?
Kadang-kadang dia nak hide profile sebab dia tak mahu identitinya terdedah di page lain yang share.
68. Ada gambar mimin edit telah menguris hati dan perasaanku hingga hidupku menjadi murung. Boleh tak padam?
Gambar yang tersiar dalam page ini akan dibukukan. Mereka akan dapat royalti dari jualan buku tersebut. If padam mean tak masuk buku, mean tak dapat bayaran. Hanya akan di padam jika owner gambar mintak padam.
69. Nampak cam senang je mimin edit gambar. Bagi tips sikit?
Edit gambar sebenarnya senang jer. Yg susah macamana nak edit gambar tanpa menyinggung hati sesiapa. So tipsnya..edit jela sukahati kau hahaha. Ada masalah fikir kemudian.
70. Kenapa hari Jumaat mimin edit tema islamic?
Ketawa itu penyembuh duka tapi kalau banyak ketawa juga boleh mengelapkan hati. So mimin terangkan balik hati korang tu pada hari Jumaat.
71. Ada nampak Kedai Gambar 69 di twitter dan instagram. Adakah itu mimin punya?
Kedai Gambar 69 cuma ada satu di facebook sahaja. Di instagram dan twitter tu bukan mimin punya. Dan mimin takde kena mengena dengan diorang. Kalau ada masalah sila hubungi terus admin page mereka.
72. Kenapa ada gambar mimin edit nampak fake dan ada yg nampak real?
Edit fake bila tengah stress barang naik. Edit real bila baru dapat brim hehe.
73. Sila banyakkan karya Siri Bercakap Dengan Haiwan.
Asalnya, masa mula2 kedai ini ditubuhkan, mimin boring sangat sebab takde orang datang sampai mimin terpaksa bercakap dengan haiwan. Tapi sekarang pelanggan dah ramai, so mimin tak perlu bercakap dengan haiwan lagi.
74. Min, dari tahun lepas aku hantar request, sampai sekarang kau tak edit pun. Sedih aku.
Banyak sebab, antaranya:
1) Mimin belum dapat idea
2) Request kau tu dah pernah orang lain request
3) Gambar curi, gambar sensitif, blur, half-cut...
So Mimin cadangkan, anda buat request lain, hantarlah seberapa banyak gambar, buat request yg kreatif dan lebih mencabar kretiviti Mimin. Mimin akan pilih atau gabungkan. Kerjasama antara pelanggan dengan mimin akan mempelbagaikan jenis karya. So taklah bosan dengan karya yg sama saja.
75. Kedai buka jam berapa?
Kedai buka 24jam tapi malam/hari cuti takde orang jaga.
76. Page ini ramai admin tapi kenapa yg balas cuma satu jawapan?
Sebab mimin sahaja ada kuasa veto. Senang sikit control posting.
77. Kenapa mimin pakai helmet?
Sebagai MTB rider, keselamatan kepala haruslah diutamakan.
Tak. Nanti satu kerja pulak mimin kena siasat kucing hilang tu kisah benar atau tipu. Baik mimin fokus edit gambar.
79. Kenapa dalam gambar edit misti terselit iklan?
Biasanya mimin google untuk gambar latar belakang. Dan kadang jadi isu sebab mencuri/edit gambar orang lain tanpa kebenaran. So untuk mengatasinya, mimin gunakan gambar pelanggan mimin sendiri, sambil tu boleh juga promot diorang punya bisnes.
80. Kenapa mimin edit tak jaga lighting, shadow, pixels, color, angle dan perspective?
Kalau mimin fokus benda alah tu sebulan 1 gambar je mimin edit.
81. Dah 11 tahun aku tunggu min. Bila nak siap?
Permintaan kau tu, mimin pengsan 10 kali pun belum tentu dapat ditunaikan. Sila hantar gambar yang lain.
82. Aku ada gambar best tapi tak tahu nak request apa.
Tak perlu pening kepala. Mimin boleh tolong buatkan request yang sesuai dengan gambar itu.
83. Boleh tak edit macam hari Jumaat setiap hari?
Boleh je kalau banyak request yang menjerus kearah itu.
84. Mimin pilih kasih. Dah la tak ikut giliran. Kalau pompuan lawa laju je edit. Tak adil la macamni.
Korang sendiri pilih untuk 'like' gambar yg lawak sahaja. So mimin juga pilih request yg lawak sahaja utk disiarkan. Adil macam dacing gitu.
85. Eh mimin, aku tengok pompuan lebih banyak kau edit. Misti kau ni kaki pompuan kan?
Kaki mimin banyak bululah. Kaki pompuan mendenye? Sebab mimin kerap edit pompuan kerana mereka lebih berani buat request aneh berbanding lelaki (juga berani hantar gambar sendiri). Request aneh senang di jadikan karya komedi.
86. Orang bodoh je sanggup diperbodohkan oleh editing kau yg bodoh ini.
Sebenarnya diorang nak masuk buku mimin. Kalau terpilih boleh dapat duit sambil goyang kaki.
87. Boleh tak cancel gambar yang saya send?
Boleh. Just bagitau cancel dan mimin akan delete mesej itu.
88. Ada edit mimin buat gambar bergerak-gerak gif. Boleh tak edit gambar saya macam tu?
Mimin hanya akan buat gif kalau gambar itu adalah empunya gambar sendiri dengan request yg best. Mimin takkan membuang masa buat gif pada gambar yg berisiko kena delete (cth: gambar kawan, gambar kekasih, gambar ramai2, gambar curi atau gambar sensitif)
89. Kenapa mimin edit dulu baru tanya?
Kerana mimin seorang yang malu bertanya.
90. Budak sekolah boleh tak hantar gambar?
Boleh tapi lebih mulia jika mintak izin ibu bapa, begitu juga isteri mintaklah izin suami dulu. Kalau gambar kawan mintak la izin member tu dulu. Kalau gambar Najib mintak izin Rosmah.
91. Kenapa ada dada dan punggung kena censor?
Mimin akan censor kalau ia menganggu konsentrasi mimin sewaktu edit gambar tersebut.
92. Macamana nak jadi pakar edit macam mimin?
Just do it. Bila kita selalu do it lama-lama jadilah pakar kerana melakukan perkara yang sama berulang kali.
93. Buat video pakai apa?
1) Adobe Photoshop - untuk design
2) Adobe Animate - untuk motion graphic
3) Adobe Character Animator - untuk watak animasi
4) Adobe After Effects - untuk special effects
5) Sound Forge - untuk bunyi
6) SketchUp - untuk 3D modelling
7) Adobe Premiere - untuk combine 1 - 6
94. Kenapa aku tanya macam-macam kat komen satu pun kau tak reply?
Mimin dah jawap dalam FAQs ini. Sekian.
Tunggu apa lagi? PM(facebook) sekarang atau email kedaigambar69@gmail.com
- END -
----------------------------------------
Amacam? Adakah hidup anda semakin simple atau semakin complicated? Silalah ajukan soalan.
MIMIN
Tauke Kedai Gambar 69





Apa maksud Kedai Gambar 69?
ReplyDelete- Photoshop Tunggang Terbalik
- Photoshop Songsang
- Photoshop Huru Hara
- Photoshop Pusing-pusing Tetap Sama
- Photoshop Posisi Berasmara
- Photoshop version 69
- Photoshop from The Future
tp mimin x songsang kan..?
haha..mimin dah masukan soalan ni dalam FAQs no.55
DeleteTerbaekkk mimin sediakan terus FAQ
ReplyDeleteSiapa yang marah mimin ambik gambar google dan mcm mane dia dpt detect mimin gune gambar dorg dorg contact mimin melalui fb ke? Kalau gambar matsalleh takkan dorg dpt detect jugak. Sorry banyak soklan. Selama ni hanya silent reader hahaha
ReplyDeleteNk mintk mimin edit tp seram plak lps baca
ReplyDeleteSiap ad faq lg...demmit������
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemimin saye dah pm kat fb harap tengok
ReplyDelete